Sakit sangatttttttt.........

Hey peeps! :)

Moshi moshi....Mashimaro! :)

"Sakit sangat hati bila orang yang kita suka sebenarnya suka dekat orang lain. Yes! Memang sakit sangat.... Tapi nak buat macam mana kan? Aku cuma bertepuk sebelah tangan. Hurm... Memang dari luaran aku senyum gelak dan macam macam lagi. Tapi dalam hati pedih, perih, sakit macam kena tikam bila nampak Dia! Entah la aku cuba nak buang perasaan aku dekat dia tapi rasa susah sangat! Macam macam dah aku buat tapi memang susah. Ye la kan bila dah memang suka tahap gabankan dekat Dia bila nak buang memang susah sangat. Sakit bila pikir. Tapi aku memang kena kuatkan hati betul tak? Aku terus mencuba sampai sekarang nak buang Dia dari hati aku! I'll try and it takes a long time....

Macam macam dah aku buat selama nie. Tapi bila nampak dia jew kat laman sosial atau face-to-face aku rasa macam aku tak boleh nak buang dia. Oh god! Please help me! Aku dah tak tau nak buat apa! Fikiran aku buntu giler. Bila terkenangkan Dia. Hari hari aku terfikir kan Dia tapi takde orang yang tahu termasuk roommate aku sendiri. Memang selama nie aku bercerita dekat roommate aku pasal Dia tapi roommate aku ingat cerita tu habis situ tapi sebenarnya tidak. Aku akan teringat dekat dia 24/7> Hurmmmm..... Hari hari Dia dalam fikiran aku. Setiap saat aku akan teringat dekat Dia. Kenapa aku suka giler dekat Dia sedangkan Dia tak? Alahaiiiii, sedihnya... Tapi apa aku boleh buat?

Jadi semalam entah macam mana aku dapat kekuatan nak lupakan dia sehabis mungkin. Yeap! Mulai hari nie detik ini aku tidak akan tegur Dia kerana aku nak lupakan Dia. Aku takkan angkat muka dekat Dia walaupun Dia sebelah aku kerana aku nak lupakan Dia. Dan mulai hari ini aku takkan tegur Dia di BBM sekalipun. Nama Dia bakal tersemat di Arkib BBM Contacts aku. Aku kuatkan semangat aku hendak melupakan Dia dan aku akan cuba sedaya upaya aku. Aku tau aku boleh. Buat apa lagi aku nak teringat dekat Dia sedangkan Dia suka dekat orang lain.? Sakit sangat... Takde orang yang faham? Hanya aku seorang! Jadi biarlah....

Mulai saat ini, nama Dia tidak akan meniti di bibir aku lagi aku tidak akan lagi tegur di laman social mahupun di BBM Contacts! Itu janji aku! Aku akan buat Dia seperti angin yang berlalu pergi. Aku dah malas nak pikir pasal Dia. Kerana itu akan buat aku lagi sakit. Sakit sangat! Hurmmm.... Biarlah perasaan aku dekat Dia hanya aku yang tau. Biarlah Dia hanya anggap seperti kawan. Biarlah....... Aku akan pastikan takde seorang pun akan sebut nama Dia di depan aku. Tidak akan! Sebab itu akan buat aku pikir kan dia lagi sedangkan aku tengah berusaha nak lupakan Dia.

Lagi satu, apa yang aku nak sangat. Walaupun semester 4 aku belum selesai lagi sebab final exam aku belum habis tapi aku mohon sangat lepas tamat diploma semester hadapan dekat UiTM Machang nie aku harap aku tak dapat sambung study aku dengan Dia. Kerana aku tak nak pikir kan dia terus terusan. Aku harap aku dapat further study aku jauh dari Dia. Biarlah beribu batu jauh sekalipun aku tak kisah asal aku tak dapat jumpa dia. Aku dah tak nak terasa sakit lagi bila nampak Dia. Cukuplah sampai sini. Cukuplah. Bagilah hati aku tenang dan senang. Cukuplah!

Yeap! Buat apa aku nak pikirkan Dia sedangkan perjalanan aku masih jauh lagi. Banyak lagi aku akan jumpa bukan Dia sahaja. Jadi aku akan cuba sedaya upaya untuk lupakan Dia. Jadi lepas nie kalau Dia atau pun aku sendiri terserempak dengan Dia aku tak tegur atau pun senyum. Aku mintak maaf sebab aku nak lupakan Dia. Maaf yek! Aku nak cuba buang kau dari hidup aku. Aku tak nak rasa sakit bila nampak kau. Baik! Aku akan anggap kau sebagai kawan. Yeap! Kawan.... Tapi mungkin aku takkan tegur Dia lagi selepas nie. Kalau terpaksa? Baik aku akan tegur kalau aku terpaksa. Maaf!

Cukuplah sampai sini luahan isi hati aku yang terasa sakit sangat nie....

Bye bye! :)

No comments:

Post a Comment