Dukacita....:(

Hello,

Seperti yang dimaklumkan oleh aku dalam post semalam, bahawa hari ini aku boleh check semakan ke ipta bagi tahun 2011. Betul tak?

Tengah hari tadi aku pun bukan http://upu.mohe.gov.my/. Nak tahu jawapan dia apa?

Kemasukan saya tidak berjaya! Satu tamparan besar bagi aku! 4 kali aku buka laman web mohe untuk memastikan bahawa betul ke saya tidak berjaya! Ya, memang betul saya tidak berjaya! Betapa sedihnya hati ini.

Lepas itu, aku pun buka facebook. Apa yang memeritkan lagi apabali kebanyakan kawan-kawan post dekat wall facebook mereka bahawa mereka berjaya masuk ke ipta. Ramai yang 'Like'. Aku pun turut ikut menekan butang like. Tapi, hati berasa sangat sedih! :D

Pada waktu yang sama, ramai yang tanya bahawa aku dapat masuk ke tak? Dengan sedihnya aku balas balik di commnet box bahawa aku tidak dapat masuk! Sedihnya tidak terkata :D

Tapi yang peliknya macam mana ada yang keputusan kurang baik dari aku boleh dapat masuk? Aku yang keputusan boleh tahan baik... Tidak terima. Hmmm... Dah rezeki mereka agaknya. Kalau rakan-rakan aku yang lain yang memang excellent. Aku tak kisahlah. Memang gerenti mereka dapat masuk! Hmmm... Tidak ada rezeki aku nampaknya! :(

Sekali lagi aku ucapkan Tahniah kepada mereka! Congrats!!!

Adios!!! Bye!!!

2 comments:

  1. sabarlah..
    kadang2...apa yg kita nk kita x dpt..
    sbb Allah dah aturkan rancangan yang lebih baik untuk KITA..=)

    btw, Im Puteri Aari Ahmad... kawan baru dalam fb td?

    ReplyDelete