Cheriteraku...

Hello,

Ini post kedua untuk bulan May dari aku untuk dikongsi bersama-sama....

Post aku mengenai apa kali ini? Nak tahu? Hmmm... Post aku berkenaan dengan cerita tentang diri aku. Rasa-rasanyalah? Jadi tajuk post ini pun mengenai Cheriteraku... Kisahnya bermula seperti ini...

Al-kisah... Cewahh!! Macam cerita arab la pula bunyinya....

Okeylah kita mulakan sekarang...

Al-kisahnya bermula pada tanggal 26 Mac 1993, seawal subuh pagi di salah satu daerah yang ada di Selangor. Dimana daerah itu juga dikenali sebagai Bandar DiRaja dan daerah itu dikenali sebagai Klang. Lahirnya seorang puteri yang dilahirkan di sebuah hospital bernama Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) yang terletak di bandar Klang. Puteri yang lahir awal subuh pagi itu mempunyai berat sebanyak 2.3 kg diamanhkan oleh-Nya kepada Leftenen Kolonel Roslan bin Othman dan Puan Norli Mokhtar.

Puteri tersebut diberi nama sebagai Nurul Faraha yang bermaksud Cahaya Kegembiraan. Kehadiran puteri tersebut telah membawa berita gembira bagi kedua-dua belah pihak. Iaitu disebelah ayah dan juga ummi. Puteri tersebut merupakan cucu sulung kepada pasangan Mokhtar dan Gayah disebelah ummi manakala merupakan cucu ke-?? ( tidak aku ingati kerna terlalu ramai ) kepada Wan Ton di Raub, Pahang.

Puteri ini dilahirkan dengan sempurna cukup fizikal tubuh badannya namun ada satu sahaja tidak ramai orang yang mendapat penyakit ini. Boleh dikatakan 1 dalam 1000. Iaitu puteri tersebut dilahirkan tanpa mempunyai anak tekak. Keadaan puteri ini disedari oleh nendanya yang menetap di Raub, Pahang. Apapbila puteri ini disuapkan susu namun akan mengalir keluar melalui rongga hidung. ( Pelik bukan? ) Puteri ini menjalani pembedahan membuat anak tekak semasa berumur satu tahun. Dimana anak tekak puteri ini terbentuk daripada tarikan dari lelangit maka terbentuklah anak tekak puteri ini.

Puteri ini pernah menetap dibeberapa buah negeri yang berada di Semenanjung Malaysia. Setelah puteri ini selamat dilahirkan di Selangor kemudian puteri ini dibawa menetap di Johor selama 5 tahun. Kemudianya puteri ini dibawa pula menetap di Kelantan dan akhirnya puteri ini dibawa balik memetap dinegeri asalnya iaitu negeri Selangor. Tempat dimana puteri ini dilahirkan.

Puteri ini mendapat pendidikan awal di Tadika Kids N Joy di Taman Rashna berdekatan dengan rumah nenda Klangnya selama 2 tahun. Kemudain, puteri ini melanjutkan pelajarannya di Sekolah Kebangsaan (1) Simpang Lima di Klang selama 6 tahun dan mendapat keputusan yang tidak berapa gempak namun memuaskan hati. Dan kemudian, puteri ini melanjutkan pelajarannya lagi hingga ke peringkat Sekolah Menegah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah Klang yang ironinya dikenali sebagai STAR, Klang. Dan puteri ini mendapat keputusan yang tidak berapa nak gempak namun kejayaannya sangat memuaskan hati. Dan kini puteri ini sedang menunggu panggilan masuk untuk melanjutkan pelajarannya di menara gading. Harap-harap tercapai. Amin!!!

Puteri ini seorang gadis yang 'Fussy serta Bossy' itulah yang sering bonda ini katakan kepada puteri ini. Ini kerana puteri ini seorang fussy dalam pemakanan serta dari segi pakaian yang dipakai olehnya. Manakala putri ini juga bossy kerana puteri ini suka memerintah orang sesuka hati. Puteri ini juga seorang yang 'Materialistic'. Kenapa? Kerana puteri ini suka memakai barang-barang yang berjenama sahaja. Barang-barang berjenama yang sering menjadi kegemaran puteri ini adalah kesemua jenama Polo (Beverly Hills, Swiss, Ralph Lauren dan etc) tanpa Polo rasa tak lengkap bagi diri puteri ini. Jenama lain pula adalah Scarlet, Applemints, Vior, Toms Girls, Adidas, Morgirl serta J.Bovier. Itulah antara menjadi kegemaran puteri tersebut. Oops! tertinggal lagi satu. Puteri ini berminat dengan jenama Valentino ??. Lupa nama belakangnya.

Puteri ini juga suka dengan minyak wangi. Entah kenapa puteri ini suka sangat dengan minyak wangi. Puteri ini suka minyak wangi dari Bodyshop serta Silkygirl sahaja. Kalau bagi yang lain. Puteri tidak akan memakainya. Puteri ini juga suka mengumpul kad. Mengumpul kad? pelikkan puteri seorang ini? Kad apa yang dikumpul oleh puteri ini? Member kad la. Puteri ini mempunyai banyak member kad malahan member kad atau kad kredit milik ayahandanya yang sudah tamat tempoh dan sepatutunya menjadi penghuni tong sampah turut diambil untuk menjadi koleksi puteri ini. Ish...ish...ish! Punya banyak benda lain yang boleh dikumpul tetapi kad yang dah tamat tempok yang menjadi kegemarannya. Pelik? Ya, memang pelik tapi benar!

Puteri ini tidak minat bermain outdoor game. Entah kenapa puteri ini tidak berminat. Pelikkan? Tapi benar! Puteri ini hanya minat bermain indoor game seperti bowling, chess, dan boardgame. Puteri ini juga minat membaca majalah. Puteri ini mula membaca majalah sejak dari berumur 7 tahun. Puteri ini mula memegang majalah bertajuk Asuh selama 5 tahun kemudian puteri ini berubah angin membaca majalah bertajuk Bintang Kecil selama 2 tahun yang mempunyai trademark seperti "untuk kita-kita aje". Dan kemudian, puteri ini berminat dengan majalah hiburan serta kecantikan seperti Galaxy, Cleo, Seventeen serta Marie Claire sehingga sekarang.

Hobi puteri ini ada banyak. Namun, hobi utamanya adalah membaca atau dalam bahasa inggeris 'reading'. Puteri ini minat membaca sejak dari kecil lagi. Mula dengan buku 'Peter and jane' dan diakhiri dengan novel remaja dan dewasa sehingga kini. Novel dan puteri ini memang tidak boleh dipisahkan. Boleh dikatakan setiap hari puteri ini akan membeli novel di kedai buku. Puteri ini sanggup menghabiskan duitnya hanya untuk novel tidak kiralah fiksyen atau bukan fiksyen. Hobi lain puteri ini adalah mendengar muzik dan lagu. Puteri ini hanya berminat dengan lagu inggeris. lagu melayu? Lagu melayu pun puteri ini minat jugak tapi tidaklah terlalu obses seperti lagi inggeris. Setiap seminggu boleh dikatakan Puteri ini akan download lagu untuk dimasukkan ke dalam Apple iPod Pinknya yang dibeli oleh ayahandanya. Puteri ini juga minat travelling. Puteri ini sudah pergi ke Illinois, Chicago, United State of America untuk melawat sepupunya yang menetap disana lapan tahun lepas kerana ayahanda mereka menyambung pelajaran hingga ke peringkat PhD malahan puteri ini pernah pergi ke sekolah bersama dengan sepupu-sepupunya di USA. Kemudian, puteri ini juga sudah pergi ke Republic of Phillippines untuk melawat ayahandanya yang bertugas dalam misi pengaman di Mindanao, Phillippines. Tetapi puteri ini tidaklah pergi melawat tempat kerja ayahandanya kerana terlalu bahaya. Puteri ini melawat ayahandanya di ibu negara negara ini yang dikenali sebagai Manila. Puteri ini juga sudah pergi Kota Singa iaitu Singapura. Buat apa? Saja jalan-jalan makan angin dengan keluarga. Puteri ini juga sudah pergi ke Batu Sangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat, Republik of Indonesia kerana mengikuti Jambore Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia (JBSIM) yang dianjurkan oleh Pengakap, Pandu Puteri dan Pramuka Indonesia. Itu travelling di luar negara.

Yang ini pula travelling di dalam negara. Puteri ini sudah kerap kali bercuti di Cameron Highlands, Pahang. Kerana putri ini suka duduk menenangkan diri disitu serta memetik buah strawberry sendiri. Puteri ini juga sering kali pergi bercuti di Fraser Hills, Pahang. Kerana puteri ini mempunyai pak cik yang menetap di Banglo Johor. Puteri ini juga sudah selalu pusing Semenanjung Malaysia mengikuti ayahandanya ke setiap negeri yang ada. Buat apa? Saja jalan-jalan makan angin sambil masuk ke setiap universiti yang ada didalam Malaysia ini. Cakap sahaja nak tahu universiti apa? Semua puteri ini boleh senaraikan. Dari Uitm hinggalah ke UMS di Sabah. Puteri ini juga sering selalu masuk ke Kem. Tempat ayahandanya bekerja. Hobi lain puteri ini semuanya berakhir dengan -ing. Apa -ing tu? Apalagi kalau bukan Facebook-ing, Twittering, Blogging, Watching serta Eating. Itulah hobi puteri ini.

Puteri ini minat dan obses dengan pelakon cerita Twilight yang memainkan watak Jacob. Tahu siapa? Kalau tengok cerita Twilight tahulah siapa yang memainkan watak tersebut kalau bukan Taylor Lautner. Kenapa putri ini minat sangat dengan Taylor Lautner? Hmmm... Hanya puteri ini sahaja yang tahu. Puteri ini juga minat dengan Aaron Carter tau. Tahu siapa Aaron Carter tu? Penyanyi lagu I Want Candy. Puteri ini minat dengan dia kerana muka dia yang cute macam baby. Hehehe......

Nak cerita pasal teman lelaki atau boyfriend puteri ini? Puteri ini memang ramai teman lelaki. Nak dengar kisah dari sekolah rendah atau sekolah menengah atau kedua-duanya sekali? Pilih mana satu?.... Bukan teman lelaki itu ke? Habis itu teman lelaki yang macam mana? Teman lelaki atau boyfriend yang sering dipanggil' couple' tu? Owh! yang itu. Puteri ini tidak berminat dengan 'couple' pada waktu sekarang. Kenapa? Sebab puteri ini berasa pelik dan geli. Jangan pikir benda bukan-bukan pula! Ya, sebab bagi puteri ini 'couple' masa waktu macam ini tidak bererti apa-apa pun. Bak orang putih cakap " Puppy Love ". Orang melayu cakap " Cinta Monyet ". Doesn't Bring Any Sense At All!! Hahaha...:D

Jadi sampai sini sahajalah Cheritera tentang puteri ini...
Kalau ada yang tertinggal tu. Tanya sahajalah pada puteri ini melalui comment box. Pasti puteri ini akan membalasnya dengan cepat. Tanya saja apa-apa. Akan dijawabnya. Don't Worry!!!

Bye!!! Adios!!! :D

1 comment:

  1. Tanya sajalah apa-apa soalan?
    Akan aku jawabnya dengan ikhlas dan jujur! :D

    ReplyDelete