Ceritaku.....

Hello,

Hari ini kisah aku tidaklah sehebat mana. Habis itu kisah aku sebelum ini yang aku kongsi hebat ke? Hehehe.... Kisah aku hari ini adalah mengenai apa yang aku nampak dan buat.

Okey! Permulaannya seperti ini... Hari Sabtu baru-baru ini, aku satu keluarga telah pulang ke kampung ayah aku. Ayah aku orang Pahang. Kampung aku berada di salah sebuah daerah yang ada di Pahang. Dan Daerah itu dikenali sebagai Raub. Nak kata kampung? Rumah nenek aku bukannya ada dalam kampung pun. Tak sampai lima minit dah sampai pekan raub. Nak kata rumah papan? Rumah nenek aku rumah batu. Dan terletak dalam kawasan perumahan. Hmmm... kampung ke? Pening aku dibuatnya.

Okeylah sambung balik cerita aku yang tergendala tadi. Aku bertolak dari Klang dalam pukul 3 ke atas sebab pagi itu ayah aku adakerja sikit dekat UKM, Bangi. Lepas itu, aku dan keluargaku hantar kucing kesayangan kami, Comot dirumah mak cik aku kat Shah Alam. KIta orang balik kampung, Comot pun 'outstation' dekat rumah mak cik aku. Hehehe... Comot ada ramai kawan tau kat rumah mak cik aku. Nak tahu siapa kawan Comot? Nak tahu? Siapa lagi kalau bukan adik-adik sepupu aku. Hehehe... Aida, Ira, Jihah dan Harith. Itulah sepupu-sepupu aku. Anak-anak mak cik aku. Diorang suka sangat dengan kucing.

Lagi sekali aku lari topik daa.... Okey! Lepas kita orang hantar Comot. Ayah meneruskan perjalanannya ke Pahang. Hari Sabtu itu, di Klang termasuk juga Shah Alam cuaca kelihatan sangat cerah tapi bila sahaja masuk sahaja Kuala Lumpur cuaca pun mula berubah. Hujan selebat-lebatnya sepanjang jalan sehingga ke tol Gombak. Ish...ish...ish... Cuaca dah tak menentu sekarang ini.

Jadi seperti biasa lepas sahaja melepasi tol Gombak, 'port' berhenti kegemaranaku sekeluarga sudah semestinya di BHP Petrol. Bukannya nak isi minyak kereta kat situ. Ayah aku pelanggan setia PETRONAS, tak mainlah guna petrol minyak lain. Hehehe... Apa kitaorang satu keluarga buat kat BHP Petrol? Nak tahu? Apalagi lunch lah dekat situ. Ayah punya 'favorite makanan dia nasi lemak ayam rendang. Ummi pula kadang-kadang mee kari dia atau assam laksa. Adik pula sudah tentu mee kari dia. Dan saya??? Nasi ayam dia yang paling sedap. Yummy!!! Mee kari dia pun sedap. Sampai licinlah adik makan. Hehehe... Orang tgh kebulur memang macam itu. Lebih-lebih lagi waktu itu hujan tengah lebat. Jadi sedap saja makanan yang kita orang telan. Hehehe...

Lepas perut dah kenyang apalagi teruskanlah perjalanan. Masa itu dah pukul 5 petang rasanya. Jadi macam biasa lepas sahaja berhenti dekat BHP Petrol mesti pula berhenti dekat PETRONAS. Buat apa? Biasalah aku akan hanya pergi tandas petro pam PETRONAS sahaja. Sementara mereka semua menunggu aku pergi tandas yang memang akan berada lama dalam tandas itu. Sempat lagi pergi pekene air panas dekat kafe PETRONAS tersebut. Macam biasa Kopi 'o' untuk ayah dengan ummi dan aku pula sudah semestinya milo panas sama dengan adik.

Masa itu hujan masih lagi turun membasahi bumi ini. Lepas itu, baru ayah memulakan perjalananke raub lagi. Masa itu dah pukul 6 lebih. ada sesetengah tempat kadang-kadang 'traffic jam'. 'Traffic jam' bukan sebab lori yang 'slow' atau ada 'accident'. Selalu sangat ada 'accident' dekat Karak Highway. Hmmm... Itulah yang sering berlaku sampai kadang-kadang aku dah borink bila ada 'Traffic jam' dekat situ. Samapi panas bontot aku duduk dalam kereta. Hehehe... Bkan aku yang memandu kereta tapi ayah aku yang memandu. Tapi aku pula yang banyak merungut. Hehehe...Biasa!!!

Tapi kali ini aku gembira hingga tak terkata bila balik Raub. Nak tahu kenapa? Nak? Nak tahu? Betul nak tahu ni? Hmmm... sebab sepupu-sepupu dan mak cik, pak cik sebelah ayah aku ramai yang balik hari Sabtu itu. Ada Embong, Ayah Embong, Irfan, Dini, Zafran, Insyirah, Aichu, Airiel, Aichik balim dengan tunang dia, Achik Linda (aunt linda) dan sepupu-sepupuku serta mak cik dan pak cik aku yang memang menetap di Raub sudah menunggu kepulangan aku sekeluarga ke ke sana. Wah! Syioknya!!!! Hehehe.... Seronok habis. Senyum sampai ke telinga... :D

Aku sekeluarga sampai kat rumah wan dalam pukul 7-8 malam. Sempatlah maghrib dekat rumah wan. Masa aku sampai sana, ramai yang sudah menanti ketibaan aku. Best betullah. Rumah wan penuh dengan gelak ketawa dan meriah dengan kehadiran kami semua. Seronok!

Lepas itu aku pun balun tomyam untuk makan malam. Dua mangkuk juga aku balun nasi dan tomyam. Hehehe... Tomyamkan lauk kegemaran aku. Marvellous!!! Aku berada disana mengikut 'plan' asal selama 3 hari 2 malam tetapi disebabkan hari isnin ayah aku ada kerja jadi 'paln' pun bertukar menjadi 2 hari 1 malam. Kira okeylah itu. Daripada tak jadi balik. Hmmm...

Esok harinya, aku balik Klang petang. Sempatlah minum petang ramai-ramai. Lebih-lebih lagi hari itu juga mak cik dan sepupu aku dari Damansara balik ke Raub. Jadi sempatlah berbual-bual dengan mereka tengah hari itu sebelum balik ke sini. Lepas minum petang itu, kami pun memulakan perjalanan pulang ke klang. Masa itu pun hujan tengah lebat petang itu. Tengah hari tadi elok saja cuaca panas, petang pula hujan turun dengan selebat-lebatnya. Petang itu juga Aichik dengan Achik Linda (Aunt Linda) pun bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Aku dan keluarga sampai ke Shah Alam pukul 8:45 petang. Kita orang singgah makan malam dulu dekat Restoran Syed. Restoran mamak kegemaran aku dan keluarga yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Teh Tarik dia memang mantop!!! Tak ada kedai mamak lain yang boleh lawan teh tarik kedai itu. Ingatkan dekat Pahang saja yang hujan lebat. Rupa-rupanya KL dengan Lembah Klang pun hujan lebat. Bagus betullah. Tak adalah aku kepanasan walaupun air-conditioner kereta yang dah buka maksimum 2.

Lepas 'dinner', kita orang pun cabut pergi rumah mak cik aku dekat Shah Alam untuk ambil Comot. Dan akhirnya, kami pun pulang ke rumah. " Rumahku, Syurgaku " bak kata orang putih pula " Home Sweet Home ". Hehehe....:D

Okeylah sampai sini sahajalah cerita yang boleh aku ceritakan serta berkongsi di blog ini...

Bye!!! Adios!!:D

No comments:

Post a Comment