Specticles....:)


Inilah wajahku bila memakai Specticles...


Hello,

Hari ini tak ada paparan menarik untuk aku paparkan di blog aku. Bukan sebab aku malas tetapi memang aku tak ada idea untuk dipaparkan di blog ini.

Hari ini tercatatlah salah satu sejarah yang sebelum ini memang aku tidak mahu perkara tersebut terjadi dalam diri aku. Sejarah apa?

Sejarah tentang diri aku yang memerlukan aku memakai specticles. Huhuhuhu...tidak pernah aku sangka aku akan mempunyai specticles. Hmmm...nak buat macam mana dah aku long-sightened.
Tapi aku tak perlu memakai specticles ini tiap-tiap hari. Aku hanya memakainya bila perlu sahaja.

Masa aku pergi ambil specticles ini di Optical England, Plaza Masalam di Shah Alam aku berasa diri aku seperti NERD!!! Hehehehe....nasib baik aku pakai masa aku berada dekat sana tadi. Aku mula pakai specticles bila dah masuk dalam kereta.

Wah! Masa itu aku rasa macam aku baru dapat mata. Nak tahu kenapa? Sebab aku nampak semua benda sekeliling aku dengan lebih tajam tidak seperti sebelum ini walaupun aku sebelum ini tidak memerlukan pemaikaian specticles tetapi aku masih nampak namun benda sekeliling aku semuanya kelihatan blur!

Hehehe....itu sajalah yang dapat aku ceritakan!

Ini aku nak tunjukkan wajah aku semasa memakai specticles....

No comments:

Post a Comment