Nothin'

Hello,

Hmmm... Hari ini aku tak ada cerita nak diceritakan disini. Jadi aku rasa aku nak cerita-cerita kosong sajalah. Tapi nak cerita apa ya! Otak aku sudah buntu dan tiak boleh berfikir dengan baik tambah pula perut aku masuk angin. Nak kata aku tak makan padahal aku dah balun banyak makanan dari siang tadi. Hmmm.... Pening, pening!!!

Tadi masa aku pergi keluar makan malam dengan famili dan dalam perjalanan pulang tiba-tiba hidung aku berdarahlah pula. Habis ayah aku marah. Dia cakap aku tak cukup minum airlah, apalah tapi nak buat macam mana memang aku ada satu penyakit iaitu hidung aku akan selalu berdarah. Bila panas sikit terus berdarah. Sensitifkan hidung aku macam tak boleh kena cuaca panas.

Lagi satu halnya, yang memang tak aku sangka-sangkakan ialah semenjak aku habis sekolah dan kerja aku hanya berada dirumah. Buat apa? Nak tahu? Makan, tengok tv, tidur. Itu sajalah keja aku dari awal tahun. Tapi yang peliknya, orang kalau duduk rumah berat badan dia akan naik? Betul tak? Tapi aku... Berat badan aku bukan bertambah malah menurun adalah. Padahal aku tiap-tiap hari kerja aku makan sajadekat rumah. Aiskrim satu balang aku balun sorang. Hehehe!
Berapa berat badan aku? Nak tahu? Hahahaha... Itu adalah rahsia peribadi aku. Bak kata Dato' Siti Nurhaliza... Biarlah rahsia.

Lagi satu halnya ialah apa yang aku tak faham... Sejak aku dn kawan-kawan aku habis sekolah makin ramai pula yang main 'couples'. Aku tak faham apayang syoknya 'couples' masa macam ini ya? Sampai sekarang masih menjadi pertanyaan yang kadang-kadang buat aku buntu dan pening. Hmmm... Biarlah 'life' dia orang.

Sejak aku habis sekolah ini, aku dah semakin rajin bukak blog aku. Kalau dulu aku buat tak peduli saja katblog ini. Saja buat blog untuk suka-suka. Tapi kini aku rasa blog ini dah jadi teman baik aku. Padahal ramai saja kawan boleh kongsi cerita tapi entah aku rasa lebih selesa cerita dekat sini. Hehehe... Pelikkan! Pelik tak? [weird girl]

Okeylah sampai sini saja aku cerita dulu...
Esok sambung lagi...
Bye!!! Adios!!!

No comments:

Post a Comment