ngeee....

Hello,

Lagi sekali aku muncul dekat blog ini. Blog yang telah dicipta untuk melepaskan apa sahaja yang terbuku dihati. Tidak kiralah cerita sedih ke, cerita gembira ke atau apa-apa jelah.

Hmmm... Hari ini aku nak cerita apa ya? Yang boleh dikongsi bersama-sama. Nak tahu ke cerita aku yang tak seberapa ini? Nak tahu? Nak tahu tak? Nak, nak, nak! Hehehe... Boleh pula tanya banyak kali. Jangan marah ya! Ngeeeee!!!!! :D

Ceritanya bermula seperti ini....
Jeng...jeng...jeng!!!

Hari ini aku dan kawan aku satu hari suntuk 'hangout' sama-sama. Mula dari pagi sampailah ke malam. Oops! Bukan malam tapi maghrib! Hehehe... Syiok 'hangout' sama-sama dengan kawan-kawan ini. Nak tahu kenapa? Sebab ia akan mengikat tali silaturrahim yang lebih erat malah akrab antara satu sama lain.

Lebih-lebih lagi selepas ini mungkin susah untuk kumpul seperti ini lagi. Kerana masing-masing sudah membawa hala tuju sendiri. Ialah lepas ini kami semua sudah memasuki satu fasa baru yang dipanggil sebagai mahasiswa dan mahasiswi. Tidak ada lagi istilah "Budak Sekolah" yang akan diberikan pada diri kami semua. Insyaallah! Semua akan berjaya hingga ke menara gading.

Rasa-rasanya aku macm dah lari topik pula. Ini sebenarnya aku nak ceritakan pasal aku 'hangout' sama-sama dengan kawan-kawan sekolah aku. Ianya bemula seperti ini.....

Mula-mula kami pergi ke Sunway Pyramid. Buat apa dekat situ? Kami main bowling. Yang syioknya waktu itu pusat bowling itu ramai lagi orang. Jadi seronoklah bila main. Hehehehe.... Hah! cakap pasal berapa 'point' aku? Nak tahu juga ke? Tak banyak pun... Sikit saja. Biasalah dah lama tak pegang bola bowling. Jadi rasa macam kekok sikit. Hehehe... Kekok ke?

Lepas aku dengan yang lain-lain habis main bowling. Ada yang pergi main archery. Ada yang pergi jalan. Dan aku? Aku pergi mana? Nak tahu? Betul nak tahu? Macam biasalah aku pergi jumpa kawan baik aku yang kadang-kadang sampai lima tahun baru jumpa balik. Siapa? Sudah tentu aku punya Chocolate Cinnabon! Hahaha... Makanan kegemaran aku. Kalau pergi Sunway, tak sah kalau tak jumpa Mr. Cinnabon. Luv U Mr. Cinnabon!

Kemudian, kami semua sudah semestinya isi minyak! Bukan kereta saja yang kena isi minyak. Manusia pun kena ada minyak! Minyak apa? Mestilah makanan. Hari ini selera kami semua bukan selera anak jati Malaysia tapi selera sebagai orang Italiano!!! Nak tahu apa yang kita orang makan? Pizza, Carbonara and Bolognese. Emmm... Yummy! Bon Appetite!! Hehehe... Seronok tau bila makan ramai-ramai. 'Happening' habis.

Lepas kami semua 'lunch', kita orang pun mula bergerak keluar meninggalkan Sunway Pyramid dan menghala ke Aeon Bukit Tinggi! Nak tahu apa aktiviti kami disana? Betul anda mahu tahu? Aktiviti kami adalah aktiviti memecahkan suara. Apalagi Karaoke lah! Hahaha... Macam-macam gaya ada masa karaoke tadi. Memang syiok betul!! Kita orang habis karaoke pukul 6:30 petang. Lamakan kita orang karaoke!

Aku sampai dekat rumah lepas maghrib. Sebab kita orang singgah rumah kawan aku dulu baru untuk solat maghrib dan lepas itu baru aku dihantar pulang ke rumahku. Trimas kepada kawan aku yang sanggup hantar aku sampai ke hadapan rumah. Trimas kepada Siti Sarah! Lain kali bila aku dah dapat lesen aku pula bawak kau orang semua pergi jalan-jalan.

Sampai sini sajalah aku ceritakan apa yang aku buat sepanjang hari ini...
Esok aku akan cerita dan berkongsi kisah aku yang lain okey!
Bye!!! Adios!!!

No comments:

Post a Comment