Hari Terindah...

HRH PRINCE WILLIAM & CATHERINE MIDDLETON

Hari cerita aku mengenai satu detik terindah dan bersejarah untuk bulan ini dan tahun ini. Kalau lihat gambar di atas pasti semua orang mengetahui detik apa? Betul tak? Sudah tentu pada tarikh ini iaitu 29 April 2011 merupakan satu tarikh yang berbahagia bagi seluruh keluar diraja Britain. Ini kerana berlangungnya majlis perkahwinan diraja atau pun 'Royal Wedding' antara HRH PRINCE WILLIAM & CATHERINE MIDDLETON ( Kate Middleton ). Aku suka tengok diorang bersama sebab serasi sangat. Bak kata pepatah melayu, ' Bagai Pinang Dibelah Dua '. Hehehe... So Sweet!!!

Jadi mulai pukul 3 ptg tadi aku sudah pun duduk mengadap Skynews kat astro. Kerana pukul 3 bermulanya countdown untuk Royal Wedding. Siaran langsung countdown Royal Wedding bermula di hadapan Westminster Abbey dimana aku dapat melihat tetamu-tetamu yang hadir untuk Royal Wedding. Aku dapat lihat David Beckham and Victoria Beckham. Aku dapat lihat Elton John. Malahan aku dapat lihat Sultan Hasanal Bolkiah iaitu Sultan Brunei Darulsalam dan semestinya Yang Di-Pertuan Agung kita. Baginda juga dijemput ke Royal Wedding. Yang semestinya aku dapat lihat seluruh keluarga diraja Britain!!!.

Ramai orang yang berada dalam Westminster Abbey. Dalam 800 lebih yang hadir. Meriah sungguh! Pelbagai jenis 'dress' aku dapat lihat. Syiok betul! Pada waktu yang sama, aku dapat lihat betapa ramainya rakyat jelata Britain yang sanggup bersesak-sesak turun padang semata-semata untuk melihat pewaris takhta Britain berkahwin. Wah! Kalaulah orang Malaysia pun macam inikan best.

Pukul 6 ptg pula bermulanya Royal Wedding. Kate Middleton cantik sangat dalam dress putih. Wajahnya tidak memerlukan make-up yang tebal kerana wajahnya dah cukup jelita. Dress yang Kate Middleton pakai simple saja tapi nampak cantik bila dipakai oleh Kate Middleton. Sepanjang majlis itu berlangsung, Kate Middleton sentiasa tersenyum. Wajahnya makin anggun dan jelita apabila tersenyum. Hmmm... Seronoknya kalau aku juga dapat berada disana untuk sama-sama menyaksikan majlis yang penuh gilang-gemilang itu. Mesti menjadi satu hari yang paling indah dalam hidup aku. Wah! Sempat pula berangan sekejap! Hehehe... Jangan marah!

Selepas sahaja acara itu, adalah satu benda yang tidak dapat aku lupakan apabila Prince William dan Kate Middleton menaiki kereta kuda dan diiringi oleh Royal Guards dari Westminster Abbey ke Buckhingam Palace sambil disaksikan oleh rakyat jelata Britain yang seronok dan gembira diatas perkahwinan pewaris takhta Britain.

Malahan seluruh keluarga Diraja turut berasa gembira diatas perkahwinan tersebut. Ratu Elizabeth II juga nampak gembira diatas perkahwinan cucunda sulung baginda. Sepanjang majlis itu berlangsung baginda nampak gembira dihari terindah tersebut. HRH Prince Charles dan Lady Camilla serta kedua-dua orang tua Kate Middleton juga turut gembira diatas perkahwinan mereka.

Kate Middleton yang hadir di Westminster Abbey sebagai seorang rakyat jelata dan lepas sahaja majlis yang gilang-gemilang itu dia keluar sebagai seorang puteri kepada pewaris takhta Britain.

Okeylah sampai sini sahaja dapat aku ceritakan tentang hari terindah...

Tahniah kepada Prince Willian dan Kate Middleton!!!

Macam cerita fairytale...

Happily ever after....
True love has come true....


No comments:

Post a Comment