Bab 3

Setelah tiba di dalam dewan kuliah, Arianna terus mendapatkan tempat duduknya untuk melepaskan lelah. Jasmine juga turut mengambil tempat disebelah Arianna. Namun pada waktu yang sama, Jasmine masih lagi menunjukkan muka tidak puas hatinya terhadap Arianna. Mulutnya muncung seperti bangau.

Arianna yang perasan bahawa sahabatnya itu masih menunjukkan muka yang tidak puas hati pula tidak sampai hati. Arianna sudahpun mahu menegur temannya itu.

"Yang kau ni muka cemberut tu apsal? Tu...mulut tu yang muncung macam bangau tu apa kes?" tanya Arianna pada Jasmine. Pada waktu yang sama dia turut mencubit pipi temannya itu.

Jasmine terus memalingkan mukanya mengadap Arianna yang masih memandangnya dengan senyuman yang tidak bersalah. Jasmine turut memegang pipinya yang perit akibat dicubit oleh Arianna.

"Mana taknya. Aku cakap panjang berjela, kau buat tak tahu je kan." jawab Jasmine tak puas hati. "Membazirkan air liur aku je cerita panjang-panjang kat kau" sambung Jasmine lagi. Dia masih lagi memegang pipinya yang dicubit oleh Arianna.

"Sorrylah. Aku dengarlah kau cakap apa tadi. Pasal ada student baru tu kan. Sorrylah" balas Arianna pada Jasmine. Dia terus memegang lengan Jasmine sambil menunjukkan muka simpati.

Jasmine yang tidak boleh mendengar sahabatnya itu memohon-mohon maaf terus tersenyum sambil memalingkan mukanya mengadap Arianna yang masih menunggu maafnya diterima oleh Jasmine.

"Okey aku maafkan kau, beb! Tapi lain kali jangan buat macam tu lagi. Penat je aku story kat kau, beb! Janji dengan aku?" tanya Jasmine pada Arianna.

"Janji. Aku janji aku tak buat lagi." Arianna mengangkat lima jari tangan kanannya sambil tersenyum. Kemudian dia terus memeluk temannya itu.

****

Lima minit kemudian, Prof Ayu pun tiba ke dewan kuliah yang Arianna dan Jasmine duduki sekarang ini. Apabila kelibat Prof Ayu kelihatan di dalam kuliah semua pelajar turut mengambil tempat masing-masing dan bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran pagi itu.

Pada waktu yang sama muncul seorang lelaki yang mengikuti Prof Ayu dari belakang. Apabila lelaki itu masuk ke dalam dewan kuliah semua mata tertacap pada lelaki itu termasuk Arianna dan Jasmine. Prof Ayu terus memperkenalkan lelaki itu dihadapan pelajarnya.

"Baiklah, hari ni kita akan ada student baru. Saya akan biarkan dia memperkenalkan dirinya sendiri dihadapan kelas. baiklah kamu boleh memperkenalkan diri kamu pada student yang lain." kata Prof Ayu pada lelaki itu.

Lelaki itu pun menganggukkan kepalanya dan kemudian dia pun menoleh ke hadapan dan memperkenalkan dirinya sendiri.

"Nama saya Hazriq Daniel. Panggil Hazriq sahaja." Hazriq memperkenalkan dirinya pendek sahaja. Kemudian Prof Ayu terus menunjukkan tempat duduknya disebelah Arianna. Arianna buat tidak tahu sahaja kehadiran lelaki bernama Hazriq Daniel itu.

Sedang Hazriq mengeluarkan bukunya, Jasmine terus menegur Hazriq. "Hai, saya Jasmine dan ini kawan baik saya Arianna" Jasmine memperkenalkan dirinya dan Arianna. Jasmine turut menghulurkan salam perkenalannya dengan Hazriq dan Hazriq turut menyambutnya dengan senyuman.

Kemudian, Hazriq turut menyampaikan salam perkenalannya pada Arianna tetapi Arianna buat tidak peduli sahaja. Dia terus-terusan memandang ke hadapan. Jasmine yang melihat Arianna yang buat tidak peduli itu kemudiannya menyambung percakapannya pada Hazriq.

"Hazriq, awak jangan ambil hati ek! Arianna memang macam ni dia susah sikit nak mesra dengan budak baru tapi sebenarnya dia okey." jawab Jasmine pada Hazriq.

Hazriq terus tersenyum dan menarik kembali tangannya dan mula mengeluarkan buku-bukunya dari dalam beg dan terus memandang ke hadapan mengikut sesi pembelajaran kelas Prof Ayu.

No comments:

Post a Comment