Bab 2

Pin...Pin...!!!!!. Aku pun membunyikan hon kereta mini cooperku setelah tiba di perkarangan rumah sahabat kolej aku iaitu Jasmine. Jasmine merupakan teman sepermainanku sejak dari kecil. Aku dan Jasmine merupakan sahabat paling akrab sekali. Mamaku pernah mengatakan aku dan Jasmine seperti kembar.

Sekali lagi aku membunyikan hon keretaku. Namun batang hidung Jasmine masih lagi tidak kelihatan. 'Huh! Manalah minah ni. Takkan tak bangun tidur lagi.' gerutu Arianna dalam hati sambil mengetuk-mengetuk stereng keretanya mengikut irama lagu yang dipasang olehnya.

Kemudian Arianna pun turun dari keretanya dan bersandar dibahagian depan keretanya sambil meninjau-meninjau taman milik mama Jasmine. 'Aunt Jue pun ada minat yang sama macam mama' ngomel Arianna perlahan. Selepas itu Arianna juga sempat meninjau-meninjau sekeliling rumah banglo milik keluarga Jasmine.

Dia dapat melihat susunan kereta-kereta mewah milik keluarga Jasmine. Kemudiannya terlintas dikepalanya kenapa Jasmine tidak pernah memandu keretanya sendiri ke kolej?. Setiap hari Jasmine akan ke kolej dihantar oleh papanya. Jasmine juga mempunyai lesen seperti dirinya. Arianna dan Jasmine sama-sama mengambil lesen kereta pada umur 18 tahun.

Sedang Arianna mengelamun sendirian, tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan oleh seseorang. "Oit!!! Pagi-pagi dah termenung ni apahal?" tanya Jasmine pada Arianna. Dia pun mengambil tempat disebelah Arianna dan turut bersandar dibahagian depan kereta milik Arianna.

"Yang kau ni...apsal lambat sangat? Aku rasa aku dah lama sampai sini" ngomel Arianna pada temannya itu.

"La...sorry la beb. Aku tengah cari handphone tadi. Aku lupa mana aku letak handphone tu" jawab Jasmine dalam nada yang sedikit merajuk.

Selepas dengar suara Jasmine yang sedikit merajuk itu, Arianna cepat-cepat mencucuk pinggang Jasmine hingga Jasmine sedikit terlompat akibat berasa geli. Jasmine paling geli kalau ada yang suke mencucuknya dibahagian pinggang. Jasmine terlompat-lompat akibat dicucuk oleh temannya itu sehingga terjerit dibuatnya.

Arianna pula masih galak mengetawakan sahabatnya itu, apabila dia suka melihat Jasmine terlompat-lompat kegelian.Dan semakin galak la Arianna mengusiknya. Kemudian Jasmine melarikan diri masuk ke dalam kereta mini cooper milik Arianna dan dia pun menghembuskan nafas keletihan perlahan-lahan.

Arianna juga mengikut masuk ke dalam kereta ditempat pemandu dan dia terus menghidupkan enjin keretanya. Kemudian dia terus meninggalkan kawasan perumahan yang diduduki oleh Jasmine.

*****

Setelah tiba di perkarangan Kolej Segi, Arianna menyuruh Jasmine turun dahulu daripada keretanya dan menunggu dirinya di ruang legar kolej tersebut sementara dia pula pergi mencari tempat letak kereta yang masih kosong.

Setelah Arianna medapat tempat parking untuk keretanya. Dia terus mengunci keretanya dan melangkah pergi untuk mendapatkan sahabatnya yang sedang menunggu. Pada waktu yang sama muncul satu kereta Nissan Fairlady berwarna silver yang melintasi depan dirinya dan memakirkan kereta tersebut bersebelahan dengan kereta mini coopernya. Arianna langsung tidak menghiraukan kehadiran kereta tersebut.

Setibanya di ruang legar kolej tersebut, Arianna terus mendapatkan Jasmine yang sedang menunggunya sambil membelek-belek majalah Hot. Arianna terus mencuit bahu temannya itu dan menegurnya. "Aik! kau ada masa bawak magazine ni?" tanya Arianna kehairanan.

"Aku baru beli malam tadi la masa aku keluar shopping dengan mama dekat Mid Valley" balas Jasmine sambil menyimpan semula majalah tersebut ke dalam beg sandangnya.

Sedang Arianna mencari-cari kad pelajarnya di dalam beg sandang Roxy warna merahnya, Jasmine pun memulakan percakapan yang ingin dia menceritakan pada Arianna tentang berita yang baru dia terima pagi tadi dari teman sekuliahnya dan Arianna.

"Beb! Aku ada story nak citer kat kau!." Jasmine memulakan percakapannya pada Arianna yang masih lagi menyeluk tangannya dalam beg itu.

"Apa dia? Kau nie pagi-pagi dah dengar gosip." balas Arianna sambil memakai kad pelajar di lehernya. Dia kemudian membetulkan kolar kemejanya.

"Bukan gosip la beb! Ni betul punya." sambung Jasmine lagi sambil memegang lengan kiri Arianna. "Kau nak dengar tak?" tanya Jasmine lagi.

"Hah! Ye la...apa dia story kau tu?" tanya Arianna balik kepada Jasmine. Pada waktu yang sama Arianna sudahpun mengeluarkan ipod nano dah mula menyumbatkan earphone ke telinganya. Jasmine pula ingin memulakan ceritanya.

"Kau nak tahu beb! Nanti class kita ada budak baru. Aku terserempak dengan Ika tadi dia la bagitau kat aku yang kita nanti ada budak baru. Aku tak sabar nak tau budak baru tu lelaki ke perempuan ke or apa-apa je lah. Kau excited tak beb?" tanya Jasmine pada Arianna.

Kemudian Jasmine memandang ke arah Arianna sambil membuat muka tak puas hati. "Tengku Arianna Tengku Razlan! Kau dengar tak aku cakap apa tadi!" tanya Jasmine pada Arianna sambil memanggil nama penuh sahabat karibnya itu.

Arianna tersentak. Akibat terdengar Jasmine menjerit memanggil nama penuhnya kemudian dia pun menoleh ke arah Jasmine dan dia terlihat muka cemberut Jasmine yang tidak puas hati.

"Ya aku dengar kau cakap apa tadi. Pasal budak baru tu kan" jawab Arianna laju.

Dia kemudian terus melangkah laju ke arah bilik kuliahnya bersama dengan Jasmine. Arianna terus menarik laju tangan Jasmine masuk ke dalam dewan kuliah. Kuliah mereka akan bermula tidak lama lagi. Namun Jasmine masih terus menunjukkan muka tak puas hatinya itu terhadap Arianna.

No comments:

Post a Comment