BAB 1

Kringgg!!!!!!!!!!!!!!!. Jam loceng aku sudahpun mengeluarkan suara garaunya pagi itu malahan bunyi cicipan burung pun sudah kedengaran pada pagi itu. Jarum jam pula sudah menunjuk pukul 6.00 pagi namun aku masih lagi berselebung dibawah selimut. Tidak ada satu bunyi pun yang berjaya mengejutkan aku dari tidur pagi itu.

Entah kenapa aku berasa berat untuk bangun dari tidur pagi itu. Walaupun aku dalam keadaan yang separuh sedar sudah membolehkan aku untuk terus bangun tetapi aku masih berguling-guling di atas katil aku pagi tersebut. Aku bukanlah jenis yang susah bangun pada waktu pagi, tiap-tiap hari akulah orang yang pertama bangun dari tidur daripada kedua orang ibu bapaku dan abang kesayangan aku. Namun pagi itu, aku berasa malas untuk bangun.

Sedang aku masih berguling-guling diatas katil sambil berselebung dibawah selimut, kedengaran pintu bilik aku diketuk orang. kemudian kedengaran suara mama memanggil-manggil nama aku suruh bangun.

"Yana...Yana... Bangun dah pagi ni. Bangun solat subuh!" jerit Puan Sri Tiara disebalik pintu bilik anak gadisnya itu sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik anaknya.

"Ya...ya...ma! Yana dah bangun ni!" balas Yana dengan pantas sambil bangun dari perbaringannya. Namun selepas itu dia kembali semula ke perbaringannya sambil menekup mukanya dengan bantal.

"Hah! cepat sikit. Lepas solat dan mandi nanti cepat-cepat turun ke bawah untuk sarapan. Papa, mama dan Abg Zaq tunggu kat ruang makan. Kita breakfast sama-sama." sambung Puan Sri Tiara lagi sebelum melangkah pergi dari depan pintu bilik anak gadisnya. Dia perlu menyiapkan baju kerja suami dan anak lelakinya pada pagi itu.

Tidak lama selepas Puan Sri Tiara melangkah pergi, Arianna terus bangun dari katilnya dah melangkah ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya sebelum mengadapkan diri kepada-Nya.

Setelah selesai menunaikan solat subuh, Arianna terus melangkah ke almari bajunya. Dia membuka almari bajunya itu dan mula mencari-mencari baju yang sesuai untuk dipakai olehnya pagi itu. Setelah selesai memakai baju, Arianna terus menyolek wajahnya. Dia tidak perlu memakai alat solek terlalu banyak ini kerana wajahnya yang putih bersih tanpa sebarang cacat cela memudahkan dia cepat menyoleh wajahnya. Arianna membiarkan rambutnya yang ikal mayang itu lepas tanpa berikat.

Setelah dia berpuas hati dengan penampilannya, Arianna mengambil beg sandang dan kunci keretanya dan ingin terus melangkah keluar dari kamar tidurnya. Seusai dia berada dipintu bilik tidurnya itu, Arianna sekali lagi memandang ke setiap inci kamar tidur mewahnya itu sambil tersenyum. Itulah rutin Arianna setiap pagi apabila dia ingin melangkah keluar dari kamar tidurnya.

Arianna seorang gadis yang mementingkan kekemasan bilik tidurnya. Walaupun keluarganya mempunyai tiga orang pembantu rumah namun Arianna lebih suka mengemas bilik tidurnya sendiri. Sama juga dengan abangnya, Zaquan yang juga mementingkan kekemasan kamar tidur.

Setelah berpuas hati, dia terus menutup pintu bilik dan menuju ke tangga rumah untuk turun ke ruang makan rumah mewah tersebut sambil bernyanyi-nyanyi kecil.

*****

Setibanya dia diruang makan rumah mewah itu, kelihatan papanya, Tan Sri Tengku Razlan, mamanya, Puan Sri Tiara dan abangnya, Tengku Zaquan sudahpun berada di meja makan untuk bersarapan pagi itu.

Arianna terus melangkah untuk mendapatkan orang tuanya itu. "Good morning, papa!" ucap Arianna kepada Tan Sri Tengku Razlan sambil mencium pipi papanya.

"Good morning, sayang!" balas Tan Sri Tengku Razlan sambil tersenyum memandang anak gadisnya. Tan Sri Tengku Razlan kemudian mengambil surat khabar The Edge yang berada disebelahnya dan meneruskan pembacaannya sambil menyuap roti ke dalam mulutnya.

Kemudian Arianna pergi mendapatkan mamanya. "Good morning, mama!" ucap Arianna pada Puan Sri Tiara sambil mencium kedua-dua belah pipi mamanya.

"Good morning, sayang!" balas Puan Sri Tiara sambil tersenyum. Kemudian dia meneruskan menyapu jem strawberi di atas roti dan memberikan kepada anak lelakinya yang duduk berhadapan dengannya.

Arianna kemudian mendapatkan abangnya yang sedang tekun mengadap iPadnya. "Good morning, abang kesayangan Yana! ucap Arianna sambil mencium abangnya. Dan kemudian dia pun mengambil tempat disebelah abangnya.

"Good morning, adik kesayangan abang!" balas Tengku Zaquan yang masih tekun mengadap iPadnya sambil menyuap roti yang dihulurkan oleh mama tadi.

Setelah semuanya selesai bersarapan pagi, Tan Sri Tengku Razlan bangun dari kerusi yang didudukinya dan mula mengambil kot kerjanya untuk bergerak ke tempat kerja. Sama juga dengan Tengku Zaquan yang juga bangun dari tempat duduknya untuk berangkat ke tempat kerja.

Puan Sri Tiara terus menemani suami dan anak lelakinya hingga ke luar rumah. Manakala Arianna pula membuntuti mamanya dari belakang sambil mengunyah roti yang belum habis dimakan lagi.

Setibanya di luar rumah, kelihatan pemandu peribadi Tan Sri Tengku Razlan sudah pun menunggu majikannya. "Selamat Pagi, Tan Sri, Puan Sri, Ku Zaquan dan Ku Yana" ucap Pak Mat sambil bertunduk memberi hormat. Pak Mat sudah bekerja dgn Tan Sri Tengku Razlan hampir empat tahun.

Sedang aku berbual sebentar dgn papa dan mama sebelum aku berangkat ke kolej, abangku mencelah sambil bersalam dengan papa dan mama kemudian mencium ubun-ubunku sebelum berangkat ke tempat kerja. Itulah rutin abangku setiap pagi sebelum berangkat ke tempat kerja.

"Mama, Zaq pergi dulu. Papa, see you at the office. Assalammualaikum" ucap Tengku Zaquan sambil tangannya sempat menarik rambutku tanpa aku sedari. Terjerit aku dibuatnya pagi itu. Papa, mama dan Pak Mat sudah galak mengetawakan aku manakala abang aku dengan pantas sudahpun menuju ke kereta BMW 5 series M-sportnya sambil ketawa geli hati melihat muka aku yang sudah merah menahan marah terhadap dia.

Tengku Zaquan lebih suka pergi kerja dengan menaiki keretanya sendiri walaupun dia bekerja di syarikat papa iaitu Cemara Holdings. Papa ada juga mengajak abang menaiki kereta dengan papa ke tempat kerja namun abang menolak kerana dia inginkan privasi sendiri bila dia memandu keretanya sendiri. Tengku Zaquan merupakan CEO di Cemara Holdings manakala Tan Sri Tengku Razlan pula merupakan pemilik dan pengarah urusan Cemara Holdings yang terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Selepas sahaja papa dan abangku berangkat ke tempat kerja. Aku pun mula ingin melangkah keluar dari banglo tiga tingkat itu untuk ke kolej. Aku menyalami tangan mama dan mencium kedua-dua belah pipi mama sebelum ke kolej.

"Mama, Yana pergi dulu dah lambat dah ni. Yana dah janji nak ambil Jasmine dekat rumah dia hari ni." kata aku pada mama sambil mengeluarkan kunci keretaku dari dalam poket seluar slackku.

"Okey Yana." blas mama pendek sahaja. Sambil matanya memerhatikan yanti yang sedang menyiram pokok-pokok bunga mama.

"Assalammualaikum and love you mama!" sambung Arianna lagi sambil mengorakkan langkahnya ke garaj yang menempatkan kereta mini coopernya yang dihadiahkan oleh papanya sempena hari ulangtahunnya yang ke-20 tahun lepas.

No comments:

Post a Comment